Tuesday 31 January 2012

Selamat Datang ke Blog Info Pendidikan

Assalamualaikum WBT dan Salam 1Malaysia.

Pertama sekali saya mengucapkan jutaan terima kasih di atas kunjungan anda ke Blog eDidik. Blog ini diwujudkan bagi berkongsi bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang dapat digunakan oleh semua guru dan murid yang mengikuti Sistem Pendidikan di Malaysia. Bagi mencapai tujuan tersebut, saya akan kongsikan bahan-bahan terkini dan relevan dengan sukatan pelajaran terkini, terutamanya KSSR.

Selain itu, blog ini juga bertujuan untuk menyampaikan dan menghebahkan informasi terkini berkaitan dunia pendidikan, isu-isu semasa dan perbincangan lain yang berkaitan pendidikan, khususnya yang memberi tumpuan kepada negara Malaysia.

Semoga perkongsian ini akan memberikan manfaat kepada semua pengguna, sama ada guru mahupun pelajar.

Terima kasih

3 comments:

  1. macam mana nak daftar e didik ni

    ReplyDelete
  2. Harap maaf. Buat masa ini kami belum membuka ruang untuk pendaftaran. Insyaallah akan diusahakan nanti

    ReplyDelete
  3. Page seperti edidik ini baik untuk pelajar-pelajar mendapatkan maklumat dan menambah pengetahuan. Bagaimana untuk menjadi ahli edidik nie?

    ReplyDelete