Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

Friday, 5 July 2013

Aplikasi Semakan Tawaran Calon Gantian Program Ijazah Sarjana MudaPengajaran (PISMP) Ambilan Jun 2013

Aplikasi Semakan Tawaran Calon Gantian Program Ijazah Sarjana Muda Pengajaran (PISMP) Ambilan Jun 2013 atau dulunya dikenali sebagai KPLSPM Jun 2013 boleh dilakukan mulai sekarang.



Semakan boleh di buat di laman Kementerian Pendidikan Malaysia atau melalui URL: http://apps.moe.gov.my/smg/02/020002/semakan_gantian_pismp2013/index.cfm

Tuesday, 11 June 2013

Permohonan Program Pensiswazahan Guru (PPG) Ambilan Tahun 2013

Sukacita dimaklumkan, Permohonan Program Pensiswazahan Guru (PPG) Ambilan Tahun 2013 bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPLD) sedang dibuka bermula 10 Jun 2013 (Isnin) sehingga 14 Julai 2013 (Ahad).

Program Ambilan September 2013 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) dari Lantikan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) yang berumur 49 tahun ke bawah pada 31 Disember 2013 (lahir pada 1964 dan ke atas), opsyen bersara wajib bagi yang berumur 46 dan 47 tahun ialah 58 atau 60 tahun dan bagi yang berumur 48 dan 49 ialah 60 tahun.

Friday, 24 May 2013

Kementerian Pelajaran Ditukarkan Kepada Kementerian Pendidikan

Kementerian Pelajaran kini dikenali sebagai Kementerian Pendidikan, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.

Beliau, yang juga menteri pendidikan berkata perubahan nama kementerian itu diluluskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Rabu lepas setelah pakar bahasa sependapat istilah pendidikan lebih tepat berbanding pelajaran.

Saturday, 11 May 2013

Permohonan ke Program Diploma Vokasional Malaysia di Institut Latihan Perindustrian

Sukacita dimaklumkan bahawa Aplikasi Permohonan ke Program Diploma Vokasional Malaysia di Institut Latihan Perindustrian boleh dibuat di Laman Web Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia bermula 13 Mei 2013 (Isnin) sehingga 29 Mei 2013 (Rabu).



Syarat Permohonan Ke Institut Latihan Perindustrian 2013

  1. Terbuka kepada murid tingkatan 4 sekolah menengah harian.
  2. Telah menduduki PMR tahun 2012.
  3. Pencapaian minimum C dalam mata pelajaran:
  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Sains
  • Matematik
  • Kemahiran Hidup

4.  Sihat tubuh badan.

Permohonan boleh dibuat di laman berikut: http://apps.moe.gov.my/esptv/ILP_2013/

Friday, 12 April 2013

Semakan Tawaran Kemasukan Murid ke Tingkatan Enam sesi 2013/2014

Adalah dimaklumkan bahawa Semakan Tawaran Kemasukan Murid ke Tingkatan Enam sesi 2013/2014 akan dibuka bermula 24 April 2013 (Rabu). Semakan boleh dibuat melalui Portal Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia di www.moe.gov.my.

Butiran selanjutnya akan dikemaskini dari semasa ke semasa

sumber: Kementerian Pelajaran Malaysia

Friday, 15 March 2013

Keputusan SPM Diumum Khamis Ini

Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2012 akan diumum pada Khamis, 21 Mac 2013 dan calon boleh mendapatkan keputusan mereka di sekolah masing-masing selepas 10 pagi pada hari berkenaan.

Menurut kenyataan Kementerian Pelajaran, keputusan calon persendirian akan dimaklum melalui pos. Calon SPM 2012 juga boleh menyemak keputusan mereka menerusi khidmat pesanan ringkas mySMS dengan menaip
SPM<jarak>Nombor kad pengenalan<jarak>Nombor angka giliran
dan hantar ke 15888.

Perkhidmatan itu akan diaktifkan mulai pukul 10 pagi pada Khamis ini, dan akan ditamatkan pada 11.59 malam 27 Mac.

Sementara itu, pengumuman analisis keputusan SPM akan diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, Bangunan Kementerian Pelajaran di Putrajaya pada 9 pagi hari yang sama.

Peperiksaan bertulis SPM diadakan dari 5 November hingga 6 Disember tahun lalu dengan seramai 472,541 calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan itu di 3,590 pusat di seluruh negara.

Sumber: Berita Harian

Tuesday, 12 March 2013

Keputusan STPM 2012 Bakal Diumumkan Isnin

Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2012 akan diumumkan Isnin, 18 Mac 2013.

Calon boleh mendapatkan keputusan mereka di sekolah masing-masing mulai pukul 12 tengah hari, manakala calon persendirian akan memperolehnya melalui pos.

Calon juga boleh menyemak keputusan mereka melalui khidmat pesanan ringkas (SMS):


Taip> STPM, RESULT<jarak>Nombor kad pengenalan
dan hantar ke 15888


Keputusan juga boleh diperoleh dengan melayari laman web MPM di http://www.mpm.edu.my mulai pukul 12 tengah hari.

Sementara itu, calon yang menduduki peperiksaan Penggal 1 STPM 2013 boleh menyemak keputusan mereka dengan melayari laman web MPM atau menghantar SMS pada 21 Mac ini.

Sumber: Kosmo

Tuesday, 5 March 2013

Tarikh Pendaftaran SPM, SPMU 2013

Adalah dimaklumkan bahawa tarikh pendaftaran calon persendirian bagi Peperiksaan SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) dan SIJIL PELAJARAN MALAYSIA ULANGAN (SPM(U)) bagi tahun 2013 adalah pada 1 Mac hingga 31 Mac 2013.

Pendaftaran hendaklah dibuat di Sektor Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Negeri yang terdekat. Borang permohonan dan maklumat lanjut boleh dimuat turun daripada laman web Lembaga Peperiksaan di alamat www.moe.gov.my/lp.

Calon diingatkan supaya mematuhi tarikh yang ditetapkan kerana permohonan lewat tidak akan dilayan.

Pengarah Peperiksaan
Lembaga Peperiksaan
Kementerian Pelajaran Malaysia

Sunday, 3 March 2013

Permohonan Kemasukan ke Program Pra Universiti Kementerian Pelajaran Malaysia Sesi Akademik 2013

PERMOHONAN KEMASUKAN KE PROGRAM PRA UNIVERSITI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA SESI AKADEMIK 2013

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia akan menawarkan kemasukan ke Program Pra Universiti Sekolah Sukan Malaysia sesi 2013/2014 bagi calon yang layak untuk mengikuti program berikut. Sehubungan dengan itu, semua pemohon diminta membaca dengan teliti dan memahami serta mematuhi syarat-syarat/cara-cara/panduan permohonan yang telah ditetapkan.

Pemberitahuan
  1. Hanya calon yang berstatus atlet negara atau berada di dalam Program Majlis Sukan Negara/Negeri sahaja yang layak memohon kursus ini.

  2. Umur tidak melebihi 20 tahun pada tarikh kemasukan.

  3. Tarikh tutup permohonan adalah pada 31 MAC 2013. Sebarang permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dilayan.

  4. Anda boleh mengemaskini maklumat peribadi anda TANPA HAD sebelum tarikh tutup permohonan. Namun begitu, anda perlu mengepos borang dan sijil SEKALI SAHAJA walaupun terdapat pengemaskinian maklumat peribadi.

Panduan Permohonan

Semua pemohon dikehendaki mengikut prosedur permohonan seperti berikut:
  1. Mengisi borang permohonan secara online dengan lengkap.Kemudian, tekan butang SIMPAN
  2. Mencetak borang tersebut serta-merta. Kemudian isikan maklumat pada ruangan berikut dengan lengkap

a. Ruang E. Ulasan Jurulatih
b. Ruang F. Ulasan Penolong Kanan Sukan
c. Ruang G. Perakuan
d. Ruang H. Pengesahan

3. Poskan borang yang telah lengkap diisi beserta sijil-sijil kepada:

PENGARAH
BAHAGIAN SUKAN
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
ARAS 1 & 7, BLOK E13, PARCEL E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA
(U.P: UNIT SEKOLAH SUKAN MALAYSIA)

sebelum tarikh tutup permohonan

Nota penting:
  • Kegagalan pihak Jabatan untuk menerima borang lengkap yang diposkan seperti di perkara 3 di atas akan menyebabkan permohonan anda terbatal
  • Anda digalakkan membuat satu salinan borang yang telah lengkap untuk rujukan sendiri

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web berkenaan di SINI.


Sumber: Kementerian Pelajaran Malaysia

Friday, 1 February 2013

Guru, Pegawai Pendidikan Digalak Memohon Jawatan SISC, SIP

Guru-guru dan para pegawai pendidikan yang berpengalaman digalakkan supaya memohon jawatan kosong yang ditawarkan dalam SISC dan SIP untuk merealisasikan Program Transformasi Pejabat Pelajaran Daerah (PPD).

SISC atau Jurulatih Mata Pelajaran Khusus Program Penambahbaikan Sekolah (School Improvement Specialist Coaches) dan SIP atau Jurulatih Pengetua Rakan Penambahbaikan Sekolah (School Improvement Partners) adalah antara komponen utama bagi Program Transformasi PPD.

Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Sabah, Hajah Maimunah Hj Suhaibul, berkata kuota bagi SISC adalah seramai 198 orang pegawai bagi 24 PPD di seluruh negeri di mana setakat ini hanya 32 orang yang telah memohon dan layak.

“Sementara bagi SIP pula memerlukan seramai 44 orang pegawai yang mana pada masa ini hanya terdapat 18 orang sahaja,” katanya pada sidang media di Majlis Perutusan Awal Tahun 2013 Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Sabah yang bertemakan ‘Berfikir Di Luar Kotak Ke Arah Transformasi Pendidikan Negara’ di KK High School, di sini, kelmarin.

Tema itu, katanya, adalah bersesuaian dengan tuntutan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025.

Tambahnya, Program Transformasi PPD itu juga hanya dilaksanakan di dua buah negeri rintis iaitu Sabah dan Kedah.

Beliau menjelaskan, mereka yang memegang jawatan DG41 dan DG48 ke atas layak untuk memohon SISC dan SIP.

Maimunah berkata, dalam Program Transformasi PPD itu, terdapat lima aspirasi yang menjadi Petunjuk Prestasi Utama (KPI) JPN dan setiap PPD. Lima aspirasi itu adalah, pengurangan bilangan sekolah Band 6 dan Band 7, peningkatan bilangan sekolah Band 1 dan Band 2, peningkatan 10 peratus Gred Purata Sekolah (GPS), pengurangan 25 peratus perbezaan jurang antara bandar dengan luar bandar dan pencapaian enrolmen murid sebanyak 95 peratus.

Maimunah memberitahu sesi temuduga bagi kedua-dua jawatan itu akan diadakan pada 5 hingga 8 Februari ini.


Sumber: http://www.newsabahtimes.com.my, 23rd January, 2013

Thursday, 6 December 2012

Takwim Persekolahan Tahun 2013

Berikut adalah Takwim Persekolahan dan Kalendar Cuti Penggal Sekolah bagi tahun 2013 yang telahpun dikeluarkan secara rasmi oleh Kementerian Pelajaran malaysia (KPM). Diharapkan Takwim Persekolahan dan Kalendar Cuti Penggal Sekolah ini dapat memudahkan pelajar, guru-guru dan ibu bapa merancang program/aktiviti/rangka kerja berkaitan persekolahan.






Takwim Persekolahan dan Kalendar Cuti Penggal Sekolah bagi tahun 2013 ini juga turut disediakan dalam format Pdf. Sila klik pada pautan di bawah untuk muat-turun.

Takwim Persekolahan dan Kalendar Cuti Penggal Sekolah 2013

Sunday, 7 October 2012

11 Anjakan dalam Pembangunan Pendidikan 2013-2025

Ringkasan Eksekutif

Pada Oktober 2011, Kementerian Pelajaran telah melaksanakan kajian semula sistem pendidikan negara Malaysia secara menyeluruh dalam usaha membangunkan Pelan Pembangunan Pendidikan yang baharu. Kerajaan telah mengambil keputusan melaksanakan kajian semula sistem pendidikan berdasarkan standard pendidikan antarabangsa yang kian meningkat, peningkatan aspirasi negara, dan harapan ibu bapa serta masyarakat terhadap dasar pendidikan negara dalam mempersiapkan generasi muda untuk menghadapi keperluan abad ke-21. Dalam tempoh 11 bulan pelaksanaan kajian, Kementerian telah memperoleh input daripada pelbagai sumber seperti laporan penyelidikan yang dijalankan oleh pakar pendidikan dari UNESCO, Bank Dunia, OECD, dan enam Institusi Pengajian Tinggi Awam.

Kajian ini juga melibatkan penyertaan pemimpin sekolah, guru, ibu bapa, orang ramai dan murid di seluruh negara. Dokumen awal Pelan Pembangunan Pendidikan telah dibangunkan bagi menilai prestasi semasa sistem pendidikan Malaysia dengan mengambil kira secara objektif pencapaian lampau dan membandingkannya dengan tanda aras antarabangsa. Pelan ini melakarkan visi sistem pendidikan dan murid yang dapat memenuhi keperluan negara pada masa depan.

Pelan ini juga mencadangkan 11 anjakan strategik dan operasi yang perlu dilaksanakan oleh Kementerian bagi mencapai visi yang dihasratkan. Usaha yang telah dirangka dan akan dilaksanakan untuk mentransformasi sistem pendidikan negara diharap dapat difahami dengan jelas oleh masyarakat keseluruhannya. Kementerian akan mendapatkan maklum balas tentang laporan awal pelan ini daripada seluruh komuniti sebelum laporan akhir pelan ini dihasilkan pada Disember 2012.

11 Anjakan dalam Pembangunan Pendidikan 2013-2025


  • Anjakan 1: Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa.
  • Anjakan 2: Memastikan setiap murid profisien dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
  • Anjakan 3: Melahirkan rakyat malaysia yang menghayati nilai.
  • Anjakan 4: Mentransformasi profesion keguruan menjadi profesion pilihan.
  • Anjakan 5: Memastikan kepimpinan berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah.
  • Anjakan 6: Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan.
  • Anjakan 7: Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia.
  • Anjakan 8: Transformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian kementerian.
  • Anjakan 9: Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas.
  • Anjakan 10: Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit.
  • Anjakan 11: Meningkatkan ketelusan untuk akauntabiliti awam secara langsung.

Maklumat lanjut, sila rujuk Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2015, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Wednesday, 13 June 2012

Program ‘Nurqaseh: Sejernih Kasih Ibu, Sehening Kasih Ayah’

Program ‘Nurqaseh : Sejernih Kasih Ibu, Sehening Kasih Ayah’ merupakan satu program sempena sambutan Hari Ibu dan Bapa yang akan diadakan pada 20 Jun 2012. Atas dasar kepentingan dan manfaat bersama, program ini dianjurkan bersama oleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM, KPM) dan Kelab Sukan dan Kebajikan BPSM (KESKEP BPSM). Maklumat lengkap berhubung program ini adalah seperti di bawah:

Tarikh : 20 Jun 2012 (Hari Rabu)
Masa : 8.30 pagi - 9.00 pagi (Pendaftaran
9.00 pagi - 4.30 petang (Program)
Tempat : Dewan Serbaguna Aras 9, Blok E12, Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya

Program sambutan Hari Ibu dan Bapa ini adalah selari dengan Tekad 4 & 5 Pelan Integriti Nasional iaitu untuk memantapkan institusi keluarga dan komuniti serta untuk meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan masyarakat. Antara objektif utama program ini adalah untuk mewujudkan organisasi yang mempunyai kesedaran yang tinggi tentang pentingnya menghargai sebuah keluarga terutama sekali ibubapa kita selain dapat mempelajari dengan lebih mendalam mengenai peranan dan tanggungjawab untuk menjadi ibu bapa yang lebih berjaya.



Friday, 18 May 2012

Peruntukan RIMUP 2012

Bahagian Kokurikulum dan Kesenian telahpun menerima peruntukan bagi mengendali program RIMUP tahun 2012. Berdasarkan kepada perancangan dalam mesyuarat yang telah diadakan pada 17 Mei 2012 bersama-sama dengan Ketua-Ketua Unit Kokurikulum peruntukan ini akan diturunkan kepada JPN selewat-lewatnya pada minggu kedua Jun 2012. Peruntukan yang akan dibekalkan ialah dalam bentuk OS 42000 dan OS 29000.

Sebagai persediaan melaksanakan program, BKK telah menganjurkan kursus JU Negeri bagi Zon Utara dan Zon Tengah. Kursus-kursus bagi negeri-negeri di Zon Timur Zon Selatan di Semenanjung Malaysia, Sabah/Labuan dan Sarawak akan dianjurkan sebaik sahaja tempat dapat ditentukan.

Thursday, 17 May 2012

Gerhana Matahari Anulus 20 Mei 2012

Satu gerhana Matahari Anulus (gerhana matahari cincin) akan berlaku pada 20 Mei 2012 ini (20 Mei 2012 waktu tempatan di Hemisfera Timur), dengan magnitud 0.9439. Gerhana matahari berlaku apabila Bulan melintasi antara Bumi dan Matahari, dan melindungi secara keseluruhan atau sebahagian imej Matahari dari pencerap yang berada di Bumi.

Gerhana Matahari Anulus berlaku apabila diameter ketara Bulan adalah lebih kecil daripada cakera Matahari, menyebabkan Matahari kelihatan seperti anulus (cincin), dan menyekat kebanyakan daripada cahaya Matahari.

Satu gerhana anulus mungkin kelihatan seperti gerhana Matahari separa di sebuah rantau yang berjarak beribu-ribu kilometer luasnya.

Monday, 7 May 2012

SEAMEO-Japan Education for Sustainable Development (ESD) Award 2012



Theme for 2012: Education for Disaster Risk Reduction
Each year, the award will be organized under a new theme that highlights the emerging issues in the region which are related to Education for Sustainable Development.

Due to recent natural disasters such as earthquakes, floods, tsunamis, landslides, droughts, cyclones and storms that have caused massive destruction, including the loss of lives and a devastating effect on communities in Japan and in Southeast Asian countries, the organizers agreed to organize the very first award under the theme of “Education for Disaster Risk Reduction”. This year’s theme aims:


  • To raise awareness of Education for Disaster Risk Reduction among schools and communities in Southeast Asia;
  • To promote and share best practices of Education for Disaster Risk Reduction within schools and communities in Southeast Asia; and
  • To prepare schools and communities in Southeast Asia plan strategies that reduce risk and losses caused by natural disasters.

Please refer to : SEAMEO-Japan ESD Award for more info.

Tuesday, 31 January 2012

Selamat Datang ke Blog Info Pendidikan

Assalamualaikum WBT dan Salam 1Malaysia.

Pertama sekali saya mengucapkan jutaan terima kasih di atas kunjungan anda ke Blog eDidik. Blog ini diwujudkan bagi berkongsi bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang dapat digunakan oleh semua guru dan murid yang mengikuti Sistem Pendidikan di Malaysia. Bagi mencapai tujuan tersebut, saya akan kongsikan bahan-bahan terkini dan relevan dengan sukatan pelajaran terkini, terutamanya KSSR.

Selain itu, blog ini juga bertujuan untuk menyampaikan dan menghebahkan informasi terkini berkaitan dunia pendidikan, isu-isu semasa dan perbincangan lain yang berkaitan pendidikan, khususnya yang memberi tumpuan kepada negara Malaysia.

Semoga perkongsian ini akan memberikan manfaat kepada semua pengguna, sama ada guru mahupun pelajar.

Terima kasih