Friday, 15 March 2013

Keputusan SPM Diumum Khamis Ini

Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2012 akan diumum pada Khamis, 21 Mac 2013 dan calon boleh mendapatkan keputusan mereka di sekolah masing-masing selepas 10 pagi pada hari berkenaan.

Menurut kenyataan Kementerian Pelajaran, keputusan calon persendirian akan dimaklum melalui pos. Calon SPM 2012 juga boleh menyemak keputusan mereka menerusi khidmat pesanan ringkas mySMS dengan menaip
SPM<jarak>Nombor kad pengenalan<jarak>Nombor angka giliran
dan hantar ke 15888.

Perkhidmatan itu akan diaktifkan mulai pukul 10 pagi pada Khamis ini, dan akan ditamatkan pada 11.59 malam 27 Mac.

Sementara itu, pengumuman analisis keputusan SPM akan diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, Bangunan Kementerian Pelajaran di Putrajaya pada 9 pagi hari yang sama.

Peperiksaan bertulis SPM diadakan dari 5 November hingga 6 Disember tahun lalu dengan seramai 472,541 calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan itu di 3,590 pusat di seluruh negara.

Sumber: Berita Harian

Tuesday, 12 March 2013

Keputusan STPM 2012 Bakal Diumumkan Isnin

Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2012 akan diumumkan Isnin, 18 Mac 2013.

Calon boleh mendapatkan keputusan mereka di sekolah masing-masing mulai pukul 12 tengah hari, manakala calon persendirian akan memperolehnya melalui pos.

Calon juga boleh menyemak keputusan mereka melalui khidmat pesanan ringkas (SMS):


Taip> STPM, RESULT<jarak>Nombor kad pengenalan
dan hantar ke 15888


Keputusan juga boleh diperoleh dengan melayari laman web MPM di http://www.mpm.edu.my mulai pukul 12 tengah hari.

Sementara itu, calon yang menduduki peperiksaan Penggal 1 STPM 2013 boleh menyemak keputusan mereka dengan melayari laman web MPM atau menghantar SMS pada 21 Mac ini.

Sumber: Kosmo

Tuesday, 5 March 2013

Tarikh Pendaftaran SPM, SPMU 2013

Adalah dimaklumkan bahawa tarikh pendaftaran calon persendirian bagi Peperiksaan SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) dan SIJIL PELAJARAN MALAYSIA ULANGAN (SPM(U)) bagi tahun 2013 adalah pada 1 Mac hingga 31 Mac 2013.

Pendaftaran hendaklah dibuat di Sektor Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Negeri yang terdekat. Borang permohonan dan maklumat lanjut boleh dimuat turun daripada laman web Lembaga Peperiksaan di alamat www.moe.gov.my/lp.

Calon diingatkan supaya mematuhi tarikh yang ditetapkan kerana permohonan lewat tidak akan dilayan.

Pengarah Peperiksaan
Lembaga Peperiksaan
Kementerian Pelajaran Malaysia

Sunday, 3 March 2013

Permohonan Kemasukan ke Program Pra Universiti Kementerian Pelajaran Malaysia Sesi Akademik 2013

PERMOHONAN KEMASUKAN KE PROGRAM PRA UNIVERSITI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA SESI AKADEMIK 2013

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia akan menawarkan kemasukan ke Program Pra Universiti Sekolah Sukan Malaysia sesi 2013/2014 bagi calon yang layak untuk mengikuti program berikut. Sehubungan dengan itu, semua pemohon diminta membaca dengan teliti dan memahami serta mematuhi syarat-syarat/cara-cara/panduan permohonan yang telah ditetapkan.

Pemberitahuan
  1. Hanya calon yang berstatus atlet negara atau berada di dalam Program Majlis Sukan Negara/Negeri sahaja yang layak memohon kursus ini.

  2. Umur tidak melebihi 20 tahun pada tarikh kemasukan.

  3. Tarikh tutup permohonan adalah pada 31 MAC 2013. Sebarang permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dilayan.

  4. Anda boleh mengemaskini maklumat peribadi anda TANPA HAD sebelum tarikh tutup permohonan. Namun begitu, anda perlu mengepos borang dan sijil SEKALI SAHAJA walaupun terdapat pengemaskinian maklumat peribadi.

Panduan Permohonan

Semua pemohon dikehendaki mengikut prosedur permohonan seperti berikut:
  1. Mengisi borang permohonan secara online dengan lengkap.Kemudian, tekan butang SIMPAN
  2. Mencetak borang tersebut serta-merta. Kemudian isikan maklumat pada ruangan berikut dengan lengkap

a. Ruang E. Ulasan Jurulatih
b. Ruang F. Ulasan Penolong Kanan Sukan
c. Ruang G. Perakuan
d. Ruang H. Pengesahan

3. Poskan borang yang telah lengkap diisi beserta sijil-sijil kepada:

PENGARAH
BAHAGIAN SUKAN
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
ARAS 1 & 7, BLOK E13, PARCEL E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA
(U.P: UNIT SEKOLAH SUKAN MALAYSIA)

sebelum tarikh tutup permohonan

Nota penting:
  • Kegagalan pihak Jabatan untuk menerima borang lengkap yang diposkan seperti di perkara 3 di atas akan menyebabkan permohonan anda terbatal
  • Anda digalakkan membuat satu salinan borang yang telah lengkap untuk rujukan sendiri

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web berkenaan di SINI.


Sumber: Kementerian Pelajaran Malaysia

Isu Penggunaan 'Bin' dan 'Binti' Dalam Daftar Kelahiran

Berikut saya kongsikan ulasan salah seorang pengguna Facebook berkenaan isu penggunaan 'Bin' dan 'Binti' dalam daftar kelahiran Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang didakwa menghalang perkahwinan. Sejujurnya, saya sendiri tidak mengetahui perkara ini sehingga membaca info yang dikongsikan pengguna berkenaan.



....ramai yg tidak faham sebenarnya maksud BTE, BIN dan BINTI itu. Ianya tiada kaitan dengan Islam pun sebenarnya!

BTE adalah singkatan untuk B=Belong, T=To dan E=Eve. Ini kerana pada pandangan masyarakat Barat di Eropah dulu, wanita itu adalah keturunan Eve @ Hawa iaitu isteri kepada manusia pertama Adam. Singkatan ini kemudiannya dirasakan tidak begitu sesuai dengan pandangan masyarakat di Nusantara dan kemudiannya digantikan dengan "BINTI".

BIN adalah B= Belong, I=In dan N=Name (merujuk kpd nama keturunan keluarga) dan BINTI pula adalah B=Belong, I=In, N=Name, T=To dan I=Initial (ini kerana bagi wanita mereka sekali saja dapat menggunakan nama keluarga mereka, selapas itu anak2 mereka akan menggunakan nama keluarga bagi suami mereka).

Ini adalah warisan kita dari zaman pemerintahan British dulu dan ianya tiada kaitan dgn agama Islam. Ini siapapun boleh menggunakannya TETAPI para pagawai di Jabatan Pendaftaran Negara yang tidak tahu sejarah asal usul penggunaan BIN, BINTI dan BTE itu telah mengatakan bahawa ianya menunjukkan seseorang itu penganut agama islam. Sepatutnya tanggapan SALAH tentang perkara ini perlu diperbetulkan oleh pihak yang berkuasa - Kredit kepada: David Orok (Diskusi Guru)