Friday 15 November 2013

Live Streaming Astro Arena 801

Peminat Sukan khususnya bola sepak kini boleh menonton program sukan serta perlawanan secara langsung bola sepak dalam dan luar negara yang membabitkan atlit tempatan dan antarabangsa melalui siaran Live Streaming Astro Arena 801.

Double click pada video untuk full screen mode.



Penafian: Blog ini tidak menghoskan mana-mana saluran TV yang dipaparkan di sini. Semua video yang terdapat di blog ini boleh didapati secara percuma di seluruh web. Pemilik blog juga tidak bertanggungjawab sekiranya live streaming ini tidak berfungsi atau mengalami masalah semasa dilayari. Semua video ini juga adalah hak cipta pemilik masing-masing dan pemilik blog ini tidak mendapat sebarang keuntungan daripada penyiarannya.

Thursday 7 November 2013

Amaran Angin Kencang dan Laut Bergelora Kesan Taufan (Haiyan)

AMARAN KATEGORI KEDUA - AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA

Taufan (HAIYAN) dikesan pada Latitud 9.8 Utara; Longitud 130.2 Timur, pada jam 05:00 petang, 07 November 2013, kira-kira 1,400 km ke Timur Laut Kinabatangan, Sabah dan bergerak ke arah Barat-Barat Laut dengan anggaran kelajuan 35kmsj. 

Untuk makluman, Taufan (Haiyan) merupakan taufan paling kuat di 'West pacific' tahun ini dengan mencatatkan kelajuan angin sehingga 145mph (230 kmsj). Taufan ini semakin menghampiri Pantai Timur laut Sabah. 

SEKSYEN A: AMARAN UNTUK ORANG AWAM

I) AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI KEDUA)
Ditingkatkan daripada Amaran Kategori Pertama yang dikeluarkan pada pukul 04.05 petang, 07 November 2013.

Logo Baharu Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

Logo ini direka mengunakan huruf ‘Alif’ sebagai konsep teras. Pendekatan mengunakan huruf atau typography adalah berdasarkan pengertian bahawa manusia yang pada masa hidupnya, berada pada jalan yang lurus sebagaimana huruf ‘Alif’ itu. Alif juga membawa pengertian ILMU kerana Allah mengangkat orang-orang yang beriman dan orang-orang yang diberi ilmu dengan beberapa darjat. 

Ilmu juga di klasifikasikan sebagai pengetahuan atau kepandaian yang merangkumi semua bidang yakni duniawi mahupun ukhrawi. Ilmu juga di takrifkan sebagai pemindahan roh atau jiwa daripada kegelapan kepada kecerahan dan sebagai suatu kebenaran dan keyakinan.