Wednesday 13 June 2012

Program ‘Nurqaseh: Sejernih Kasih Ibu, Sehening Kasih Ayah’

Program ‘Nurqaseh : Sejernih Kasih Ibu, Sehening Kasih Ayah’ merupakan satu program sempena sambutan Hari Ibu dan Bapa yang akan diadakan pada 20 Jun 2012. Atas dasar kepentingan dan manfaat bersama, program ini dianjurkan bersama oleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM, KPM) dan Kelab Sukan dan Kebajikan BPSM (KESKEP BPSM). Maklumat lengkap berhubung program ini adalah seperti di bawah:

Tarikh : 20 Jun 2012 (Hari Rabu)
Masa : 8.30 pagi - 9.00 pagi (Pendaftaran
9.00 pagi - 4.30 petang (Program)
Tempat : Dewan Serbaguna Aras 9, Blok E12, Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya

Program sambutan Hari Ibu dan Bapa ini adalah selari dengan Tekad 4 & 5 Pelan Integriti Nasional iaitu untuk memantapkan institusi keluarga dan komuniti serta untuk meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan masyarakat. Antara objektif utama program ini adalah untuk mewujudkan organisasi yang mempunyai kesedaran yang tinggi tentang pentingnya menghargai sebuah keluarga terutama sekali ibubapa kita selain dapat mempelajari dengan lebih mendalam mengenai peranan dan tanggungjawab untuk menjadi ibu bapa yang lebih berjaya.